Sunday, December 4, 2011

Jangan Bersedih, Hadapilah Kenyataan

Jika engkau hinakan dirimu setelah memperolehi kemuliaan, engkau pun akan menjadi hina. Jika engkau berputua asa terhadap sesuatu urusan, bererti engkau telah menghinakan dirimu pula.
.....Allah akan memberikan anugerah kepada kami, demikian pula RasulNya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap hanya kepada allah. (At-Taubah:59)


Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Allah telah mentakdirkan segalanya dan apa yang Dia kehendaki pasti akan terjadi."


Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 117 :
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.

Sabda Rasullullah S.A.W. :
"Terimalah dengan penuh kerelaan dengan apa yang telah Allah berikan kepadamu, nescaya kamu menjadi manusia yang paling kaya."


Seorang penyair mengatakan :
Tanyakan kepada dirimu
apakah air mata
dapat mengembalikan barang yang telah hilang?


Jangan Bersedih ; Don't Be Sad


Hasbunallah wa ni'mal wakil (Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung)
Dipetik dari buku La Tahzan ; Jangan Bersedih ; Don't Be Sad




penambahan petikan maksud ayat 117 Surah Al-Baqarah


p/s: untuk renungan bersama

Terfikir

Dikeheningan malam,
terfikir aku sendirian..
semua kata-kata itu terngiang-ngiang ditelinga
seolah-olah ia masih diperkatakan..
kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang

kata temanku ;
buat apa nak pikir apa yg org pikir
lantaklah diaorg..biarkan mereka..
dah letih nnti berhentilah diaorg tu

senang utk diungkapkan tapi amat sukar tuk dilakukan
terkadang..ingin kubuang semua yg kudengar jauh-jauh..
jangan bicarakan smua tu kepadaku..
aku xmau memikirkannya..
jangan sampaikan smua cerita itu kepadaku
aku dah x sanggup tuk fikirkan smua tu..

Biarkan smuanya berjalan seiring takdir..
semua telah terkandung didalam qada' dan qadar..
setiap yang berlaku, sudah ditetapkan olehNya

Aku harap, smua yg kau lakukan dan bicarakan
tidak akan terkesan kepadaku..
Ya Allah, 
jauhkanlah aku dari terkesan dengan kata-kata dan perbuatan hambaMu
Tetapkanlah hatiku padaMu
Jauhkanlah aku dari kecemasan dan kesedihan
Sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah
Yang sentiasa mengharapkanMu
mengusir kecemasan dan kesedihan dari hati dan jiwaku

Wednesday, November 23, 2011

Kebahagiaan

Sebenarnya sangatlah mudah menjadi Bahagia. Kebahagiaan akan datang saat kita memaafkan diri kita sendiri, memaafkan orang lain, dan hidup dengan penuh rasa syukur. Tidak pernah ada orang egois dan tidak tahu berterima kasih mampu merasakan bahagia, apalagi membuat orang lain bahagia. Hidup ini memberi, bukan meminta."

Original Source : Kata Kata Mutiara Indah Penuh Renunganhttp://www.poztmo.com/2011/09/kata-kata-mutiara-terbaik-sepanjang.html#ixzz1eVbn86CJ

Tuesday, November 8, 2011

Berdua Bersatu – Forteen

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Thursday, November 3, 2011

Mendidik / Menternak

Mendidik / menternak?
mana satu pilihanmu?
kedua-duanya ada pro & cons nya
mungkin kamu akan kurang disenangi jika kamu memilih utk mendidik
tapi, you give something to the kids ;
kanak-kanak akan menyukai kamu if you choose the latter, but
kamu yg akan merasa kurang senang & budak2 tu xkan dapat berdikari

Biar apa kata 'mereka' dan 'mereka'
Aku tetap memilih utk mendidik
Mungkin sebelum ini aku silap...
"kesian kat bdak2 tu, xkan nak suruh diaorg buat, xpelah..aku buat je lah"
aku harap masih belum terlambat utk aku 'mendidik' mereka
menegur setakat yg aku mampu...
biar apa kata 'mereka'...
at least aku dah lakukan apa yg aku mampu
andai kata selepas ini aku pergi...
aku harap.. aku pergi tanpa penyesalan...

x semua benda kamu kena berlembut
xsemua benda kamu kena 'berkasar'
kdg2 kamu kena berlembut &
kadang2 kamu kena tegas..

how to be 'tegas'
aku mmg kena blajar 
how to be 'tegas' in a soft way..
before..its end up to be 'kasar'


Monday, October 24, 2011

Padamu Ku Bersujud – Afgan

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa kulihat
Selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari
Segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari
Segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
PadaMu

Tuesday, October 11, 2011

'korean drama'

haha..balik kepada hobi lama..
dah lama rasanya aku 'xlayan' citer korea
dengan layan citer korea ni kan...
aku bebas tuk luahkan apa yg aku rasa ;
rasa sakit dan sedih dapat aku lepaskan, bila tiba part sedih (nangis le)
part happy lak aku adaptasikan tuk kembali tersenyum 
macam 'org gila' klau layan citer korea sorang²...
mana xnya..kejap nangis kejap ketawa pastu tersengih 
tu salah satu cara aku tuk lepaskan apa yg aku rasa

***
♫♪..i'm strong on the surface, not all the way through.. ♪♫

you are what you think you are..

"Chaiyok...u can do it"

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan

Ramadhan bakal melabuhkan tirainya...
sekejap saje rasanya masa berlalu..
akankah kita bertemu lagi???


Tuesday, August 16, 2011

♥~Fi Qolbi~♥

~Indahnya ciptaan Adam dan Hawa~

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci, manakala wanita sebaliknya.

Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi qalbu (hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, "jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya." Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.

Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang
.

- Artikel iluvislam.com
Biarkan hati ini berbicara..........................

Monday, June 20, 2011

Belajar dan terus Belajar

Semakin byk yg kita belajar dan teroka..baru kita sedar sbnarnya byak lagi benda dan perkara yang kita x tahu..seronok dan kelakar bila belajar tentang kanak-kanak..rupa2nya kanak-kanak yang berumur 2 tahun mmg ada egonya yang tersendiri..bak kata Puan Hjh.."mainan orang mainan dia, mainan dia mainan dia"..sukar tuk mereka berkongsi alat mainan..

Rentetan.......

Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya..Abangku yang sepatutnya menghantar aku ke tempat kursus terpaksa balik ke kampung kerana kakakku keguguran..Innalillah..sabar ya Kak Nie, insyaAllah akan ada rezeki lain nanti..akan ku doakan selalu..

Lantaran itu aku terpaksa beranikan diri tuk pergi sendiri ke tempat kursus..first day kursus aku telat tuk pandaftaran..Info yg kuterima, "nanti turun kat bangi, then ambik bas/teksi tuk pegi hentian kajang, naik komuter yang dia tulis Seremban tau"..aku mengikut arahan itu lantaran aku mmg fail klau bab2 jalan ni..jam 7.00 pagi aku bergerak ke Putra, setelah hampir setengah jam, komuter yg ditunggu tiba..detik waktu bergerak pantas..aku mula rasa cuak..dah kul 8, bila nak sampai Bangi ni.. Jam menunjukkan pukul 8.25 pagi, sampai jugak aku akhirnya.. hati tertanya, mana teksi dan bas yang diaorg cakap, xde satu pun kat cni..aku beranikan diri bertanya..rupa2nya dah terlajak, aku sepatutnya turun kat UKM tuk pergi ke Hentian Kajang..terpaksa naik prebet sapu tuk pergi kesana..(La Takhof Wala Tahzan, Innallahhamaana) kataku didalam hati..terima kasih abe kerana mengajarkan aku doa itu...:)

Ake telat 45 min gara2 tersalah perhentian, nasibku baik kerana sesi pendaftaran masih berlangsung...semasa kursus berlangsung, perasaanku x menentu, (cane nak balik nanti? nak ambik teksi kat mana nnti)...Syukur pada-Mu, aku ada kawan baru yang akan bersama-sama mencari jalan tuk ke stesyen UKM..Alhamdulillah, byk yg aku belajar dari situ..

Aku mengharapkan hari kedua yang lebih baik..aku turun seawal 6.30 dengan harapan tuk smpai awal ke tempat kursus..rupa2nya ada benda baru yg DIA ingin aku belajar..aku mendapat kwn baru kat Putra, student UPM..mksudnya kami menunggu train yg sama..aku sabar menunggu (ketiga-tiga train yg datang, xde satu pun tuk ke Seremban) aku terfikir, nape plak byk train nak ke Sungai Gadut??? aku mengambil keputusan tuk bertanya kerana kesiankan adik UPM tu dan aku sendiri yg dah terlambat setelah menunggu hmpir 1 jam..rupa-rupanya 'Sungai Gadut' tu mmg train tuk ke Seremban..haha..aku ketawakan diri sendiri " tu la, sape suh xberjalan sgt..len kali pegi berjalan, xyah duk terkurung kat bilik n opis" ternyata aku telat lagi..maaf, bukan kupinta ia begitu..

Hari kedua betul2 menguji aku..terpaksa siapkan aktiviti tuk kanak-kanak b'umur 3 tahun..warning penceramah makin membuatkan aku cuak "sape yg xsiapkan, xboleh balik" huhu..tiba2 je teringat masa kecik2 dulu klau cikgu ckp camtu..kul 6 petang baru boleh balik..waaa..lambatla sampai Cokit nnti..takutnya nak jalan dari Putra tu..komuter plak bt hal kat Serdang..satu jam lebih terpaksa menunggu train lain gara2 train yg aku naik tu rosak..punyalah ramai org..Alhamdulillah, aku selamat sampai kul 8.15 malam...Fuhhh..lega

Walaupun baru 2 hari aku mengikuti kursus tu..banyak perkara yang aku alami..byk benda baru yg aku belajar..mungkin bagi org lain perkara tu biasa-biasa saja.."susah dik kalau kita nak buat benda baik, byk cabaran yg kita kena tempuhi" kata seorang kakak yg juga merupakan peserta kursus tu.. dari percakapannya..dia memandang smua benda secara positif..mgkin pengalaman mengajar dia menjadi begitu..dan aku juga berharap aku boleh menjadi seperti itu..selalu berfikiran positif..


Buat abangku...maaf sangat2..adikmu terpaksa berbohong padamu..:(
terima kasih kerana ambik berat..
aku xnak merisaukan sesape..
aku kena blajar berdikari kerana nanti aku sendiri disini
insyaAllah, semoga permohonan Kak Nie
tuk balik berkhidmat di Kelantan diluluskan..amin


With Love
Kak Tie

Friday, June 17, 2011

ILMU

"Tuntutlah ilmu hingga ke Liang Lahad"

Jangan pernah merasa penat tuk menuntut ilmu
perlengkapkanlah dirimu dengan ilmu dunia dan akhirat
supaya kau x ketinggalan dan sesat
terlalu byk yang ingin dipelajari dan dimengerti
semoga diri ini diberi kesempatan dan ruang tuk berbuat demikian
semoga ilmu yang dituntut dan dipelajari dapat aku aplikasikan dan amalkan...kerana
"Ilmu tanpa Amal ibarat Pokok yang tak Berbuah"
Ya Allah, kuatkanlah aku dalam mencari ilmu yang berguna dan bermanfaat..sabarkanlah aku dalam mencari ilmu itu Ya Allah...
Berilah aku petunjuk-Mu dan bimbinglah aku dalam mencari hidayah dan keredhaan-MU...amin


15 Rejab 1432 H.

Thursday, June 16, 2011

Bunga² Cinta


♥Dalam Mihrab Cinta♥

I Think I...

 

♥Full House♥


Bismillahirrahmanirrahim...

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]

Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita.
InsyaAllah..amin Ya Rabbal 'alamin...

Wednesday, June 15, 2011

Idola

Haha..'IDOLA' bukan sebegitu sebenarnya...
just admire her for certain reasons.. 
wish could be like her ; 
wish to have that spirit, strength and also that craziness...hmmm


Tapi semua itu hanya ilusi,
Just angan² yg menjengah bila hati berfantasi,
B'fantasi untuk menjadi kuat melebihi diri sendiri,
Especially bila semangat pergi menyembunyikan diri.

Walau kemana semangat itu pergi,
aku disini tetap setia menanti
menanti dan berharap agar ia kembali
kerana kepulangannya selalu kunanti

Tanpamu aku rebah
tanpamu aku kalah
Ya Allah, kuatkanlah semangatku
Janganlah Kau biarkan ia kaku dan layu
Hanya pada-Mu aku memohon dan merayu



Monday, June 13, 2011

Puisi ~ Sentuhan Cinta Lenyap di Hati


http://www.youtube.com/watch?v=2xSpDUZOSaw&feature=player_embedded#at=117

dilema

Ya Allah, bantulah aku membuat keputusan ini...
should i take it or leave it???

Rindu Bayangan

Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi

Janganlah dinanti pada yang telah pergi
Hanya luka lamakan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi


Apalah yang hendak di kata
Sudah suratan takdir yang menentukan
Ooh..oh.inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah

Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan

Thursday, June 9, 2011

~ crying & motivate ~



Luv this video...makes me crying...
and gives motivation...

~ tears ~

Wednesday, June 8, 2011

Bahagia

Cinta,
Bersama mereka cinta bersemi
Cinta yang tulus lahir dari hati
Bersama mereka tersenyum sendiri
Inilah cinta pengubat hati

Bahagia,
Bersama mereka bahgia tercipta 
Menghabiskan hari dan waktu tersisa
Kan kudoakan ia milik mereka selamanya
Kerna bahgia mereka bahgia ku jua

With Love



Tuk Renungan...

Usahlah mengeluh dan berkeluh kesah atas sesuatu ujian dan dugaan yg melanda.. Kerana sikap itu menunjukkan keadaan kita yg tidak redha dengan ketentuanNya.. Dan janganlah pula terlalu gembira hingga bersorak-sorakan bila mendapat apa yang diimpikan oleh JIWA, kerana itu sebenarnya menjadikan kita mudah terleka dan alpa..
dipetik dari : Ayat-Ayat Motivasi

Tuesday, June 7, 2011

Ke Arah Mencari Cinta-Nya

Pada suatu masa yang ditetapkan…

Kita pasti dirisik..

Pertunangan sejak azali..

Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..

Hantarannya..sakit dan nazak..

Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..

Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..

Wangian gaharu dan cendana..

Keranda jadi pelaminan..

Pengantin bersanding sendirian.
.
Di arak keliling kampung..

Berkompangkan azan dan kalimah kudus..

Akad nikahnya bacaan talkin..

Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..

Siraman air mawar..

Keluarga terdekat menepung tawar..

Tiba masa pengantin..

Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..

Di kamar bertilamkan tanah..


Dan Dia menuntut janji..

Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..

Atau terkubur bersama dosa-dosa…

Dan Dia Kekasih itu..

Menetapkanmu ke syurga..

Atau

melemparkan dirimu ke neraka.............

Duhai Hati, jangan terkorban dengan dunia...sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

Dipetik dari Ayat-Ayat Cinta

I'm a Follower NoT a Leader

Don't you ever expect me to be a leader when i just can be a follower. Maybe, on certain situation i can be a leader but not on the situation that you expect me to be.

Monday, May 30, 2011

Teruskan Berjuang Sayang

Jika itu adalah impian dan cita²mu, teruskanlah
jangan pernah kau menyerah dan kalah dgn omongan org
yakinlah pada setiap langkahmu
iringilah ia dengan doa dan tawakkal

Orang kadang² hanya bijak berkata-kata
walhal mereka tidak pernah merasa
merasa apa sebenarnya yang kau rasa

Segigih dan sekuat mana kau berusaha
kesihatan jangan sesekali kau lupa
jagalah ia sebaiknya
lantaran itu modal utama

Aku akan tetap disini
mendoakan kejayaan dan kesihatan untukmu
supaya perjuangan itu dapat kau teruskan


p/s : ~ jangan pernah menyerah...~
        Chaiyok² (",)

       (tuk semua orang yang kusayang :  aku sayang kamu)
       teruskan berjuang tuk mencapai apa yang kau impikan

Sunday, May 29, 2011

Dugaan & Ujian

Aku rasakan dugaan dan ujian yang datang padaku terlalu berat untuk ditanggung...
Aku berkata begitu kerana aku kalah setiap kali bertempur dengannya...
bila aku dah bersiap sedia dgn segala macam senjata,
aku fikir aku akan memenangi pertarungan ini..
Tapi...
sekali lagi..aku rebah kembali...aku kecundang lagi...

Apa yang mampu aku lakukan pada saat dan ketika ini..malahan tuk seterusnya...
berdoa pada Yang Esa dan memohon supaya doaku dimakbulkan dan diperkenankan...
kerana hanya DIA yang lebih mengetahui apa yang tersirat dan tersurat...

"Hiduplah tuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan tuk menerima sebanyak-banyaknya"

~ Laskar Pelangi ~


Saturday, May 28, 2011

:: dia dan mereka ::

ternyata, mereka bisa membuat aku tertawa...mendengar cerita dan melihat mereka tersenyum bisa mendamaikan hati ini...walau seketika cuma...at least aku boleh tertawa malam ini...

cuma satu yang palingku kesalkan, kenapa dia suka ponteng sekolah??? aku bertanya dan terus bertanya...jawapannya..x belajar la kat sekolah kak, bru lepas exam...ternyata alasannya jauh berbeza dgnku...no matter what the reason or excuse...kau x seharusnya ponteng dik...mungkin tidak kau tahu bahwa ada hati yg terluka bila ponteng itu menjadi kebiasaanmu...

andai semangat itu boleh dibluetooth...akanku transfer smua yg tersisa...agar kau bersemangat tuk meneruskannya...jangan kau sia-siakan masa yang berbaki... kelak kau menyesal sendiri...teruskan perjuangan itu...akak akan sentiasa mendoakan kejayaanmu...

jangan pernah menyerah sayang...

With Love...

Friday, May 27, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

"..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." - Surah Ali -Imran:173-174

Wednesday, May 25, 2011

dipetik dari 'Ayat-Ayat Cinta'

“…Saat Allah swt MENCINTAI seseorang, tempat PERTAMA menerima sentuhan itu adalah HATI, disitulah Allah swt melenyapkan segala rasa PUTUS ASA dan KESEDIHAN akibat dosa mereka, kemudian berganti dengan HARAPAN dan KEINGINAN untuk berubah menjadi INSAN berjiwa bersih. Hati seeloknya berbisik… : ''AKU TAHU BILA ALLAH MENCINTAIKU, IAITU SAAT AKU MEMBENCI SEGALA KEJAHATANKU...''

Sunday, January 2, 2011

Alhamdulillah

Syukur kupanjatkan pada-Nya Yang Esa kerana masih memberi aku peluang utk melihat dunia dan beramal pada-Nya.. banyak benda bermain difikiranku selepas terselamat dari insiden itu.. apakah yang akan berlaku jika aku terlibat dengan insiden itu..ia membuatkan aku sebak bila memikirkan ibu dan ayahku..bersediakah mereka dgn berita itu seandainya ia betul2 terjadi....

aku sendiri tidak mempunyai kekuatan utk memikirkan keadaan itu..apatah lagi mereka..walaupun kini aku selamat..aku masih tidak mempunyai kekuatan tuk menceritakan kepada mereka tentang insiden tadi..

(fikirkan orang yg kamu sayang dlm setiap langkah yg akan dan bakal diambil)

Cukuplah hanya SEKALI...

Saturday, January 1, 2011

Perpisahan

Aku x suka keadaan ni...ia membuatkan air mata mengalir tnpa dipaksa..:(
Lebih2 lagi bila melihat org yg kita care mengalirkan air mata...
sabar ya sayang..insyaAllah kita akan jumpa mereka lagi..

kita sama2 doakan kebahagiaan dan kejayaan mereka ya...

(semua rasa bercampur baur)