Monday, June 20, 2011

Belajar dan terus Belajar

Semakin byk yg kita belajar dan teroka..baru kita sedar sbnarnya byak lagi benda dan perkara yang kita x tahu..seronok dan kelakar bila belajar tentang kanak-kanak..rupa2nya kanak-kanak yang berumur 2 tahun mmg ada egonya yang tersendiri..bak kata Puan Hjh.."mainan orang mainan dia, mainan dia mainan dia"..sukar tuk mereka berkongsi alat mainan..

Rentetan.......

Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya..Abangku yang sepatutnya menghantar aku ke tempat kursus terpaksa balik ke kampung kerana kakakku keguguran..Innalillah..sabar ya Kak Nie, insyaAllah akan ada rezeki lain nanti..akan ku doakan selalu..

Lantaran itu aku terpaksa beranikan diri tuk pergi sendiri ke tempat kursus..first day kursus aku telat tuk pandaftaran..Info yg kuterima, "nanti turun kat bangi, then ambik bas/teksi tuk pegi hentian kajang, naik komuter yang dia tulis Seremban tau"..aku mengikut arahan itu lantaran aku mmg fail klau bab2 jalan ni..jam 7.00 pagi aku bergerak ke Putra, setelah hampir setengah jam, komuter yg ditunggu tiba..detik waktu bergerak pantas..aku mula rasa cuak..dah kul 8, bila nak sampai Bangi ni.. Jam menunjukkan pukul 8.25 pagi, sampai jugak aku akhirnya.. hati tertanya, mana teksi dan bas yang diaorg cakap, xde satu pun kat cni..aku beranikan diri bertanya..rupa2nya dah terlajak, aku sepatutnya turun kat UKM tuk pergi ke Hentian Kajang..terpaksa naik prebet sapu tuk pergi kesana..(La Takhof Wala Tahzan, Innallahhamaana) kataku didalam hati..terima kasih abe kerana mengajarkan aku doa itu...:)

Ake telat 45 min gara2 tersalah perhentian, nasibku baik kerana sesi pendaftaran masih berlangsung...semasa kursus berlangsung, perasaanku x menentu, (cane nak balik nanti? nak ambik teksi kat mana nnti)...Syukur pada-Mu, aku ada kawan baru yang akan bersama-sama mencari jalan tuk ke stesyen UKM..Alhamdulillah, byk yg aku belajar dari situ..

Aku mengharapkan hari kedua yang lebih baik..aku turun seawal 6.30 dengan harapan tuk smpai awal ke tempat kursus..rupa2nya ada benda baru yg DIA ingin aku belajar..aku mendapat kwn baru kat Putra, student UPM..mksudnya kami menunggu train yg sama..aku sabar menunggu (ketiga-tiga train yg datang, xde satu pun tuk ke Seremban) aku terfikir, nape plak byk train nak ke Sungai Gadut??? aku mengambil keputusan tuk bertanya kerana kesiankan adik UPM tu dan aku sendiri yg dah terlambat setelah menunggu hmpir 1 jam..rupa-rupanya 'Sungai Gadut' tu mmg train tuk ke Seremban..haha..aku ketawakan diri sendiri " tu la, sape suh xberjalan sgt..len kali pegi berjalan, xyah duk terkurung kat bilik n opis" ternyata aku telat lagi..maaf, bukan kupinta ia begitu..

Hari kedua betul2 menguji aku..terpaksa siapkan aktiviti tuk kanak-kanak b'umur 3 tahun..warning penceramah makin membuatkan aku cuak "sape yg xsiapkan, xboleh balik" huhu..tiba2 je teringat masa kecik2 dulu klau cikgu ckp camtu..kul 6 petang baru boleh balik..waaa..lambatla sampai Cokit nnti..takutnya nak jalan dari Putra tu..komuter plak bt hal kat Serdang..satu jam lebih terpaksa menunggu train lain gara2 train yg aku naik tu rosak..punyalah ramai org..Alhamdulillah, aku selamat sampai kul 8.15 malam...Fuhhh..lega

Walaupun baru 2 hari aku mengikuti kursus tu..banyak perkara yang aku alami..byk benda baru yg aku belajar..mungkin bagi org lain perkara tu biasa-biasa saja.."susah dik kalau kita nak buat benda baik, byk cabaran yg kita kena tempuhi" kata seorang kakak yg juga merupakan peserta kursus tu.. dari percakapannya..dia memandang smua benda secara positif..mgkin pengalaman mengajar dia menjadi begitu..dan aku juga berharap aku boleh menjadi seperti itu..selalu berfikiran positif..


Buat abangku...maaf sangat2..adikmu terpaksa berbohong padamu..:(
terima kasih kerana ambik berat..
aku xnak merisaukan sesape..
aku kena blajar berdikari kerana nanti aku sendiri disini
insyaAllah, semoga permohonan Kak Nie
tuk balik berkhidmat di Kelantan diluluskan..amin


With Love
Kak Tie

Friday, June 17, 2011

ILMU

"Tuntutlah ilmu hingga ke Liang Lahad"

Jangan pernah merasa penat tuk menuntut ilmu
perlengkapkanlah dirimu dengan ilmu dunia dan akhirat
supaya kau x ketinggalan dan sesat
terlalu byk yang ingin dipelajari dan dimengerti
semoga diri ini diberi kesempatan dan ruang tuk berbuat demikian
semoga ilmu yang dituntut dan dipelajari dapat aku aplikasikan dan amalkan...kerana
"Ilmu tanpa Amal ibarat Pokok yang tak Berbuah"
Ya Allah, kuatkanlah aku dalam mencari ilmu yang berguna dan bermanfaat..sabarkanlah aku dalam mencari ilmu itu Ya Allah...
Berilah aku petunjuk-Mu dan bimbinglah aku dalam mencari hidayah dan keredhaan-MU...amin


15 Rejab 1432 H.

Thursday, June 16, 2011

Bunga² Cinta


♥Dalam Mihrab Cinta♥

I Think I...

 

♥Full House♥


Bismillahirrahmanirrahim...

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]

Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita.
InsyaAllah..amin Ya Rabbal 'alamin...

Wednesday, June 15, 2011

Idola

Haha..'IDOLA' bukan sebegitu sebenarnya...
just admire her for certain reasons.. 
wish could be like her ; 
wish to have that spirit, strength and also that craziness...hmmm


Tapi semua itu hanya ilusi,
Just angan² yg menjengah bila hati berfantasi,
B'fantasi untuk menjadi kuat melebihi diri sendiri,
Especially bila semangat pergi menyembunyikan diri.

Walau kemana semangat itu pergi,
aku disini tetap setia menanti
menanti dan berharap agar ia kembali
kerana kepulangannya selalu kunanti

Tanpamu aku rebah
tanpamu aku kalah
Ya Allah, kuatkanlah semangatku
Janganlah Kau biarkan ia kaku dan layu
Hanya pada-Mu aku memohon dan merayu



Monday, June 13, 2011

Puisi ~ Sentuhan Cinta Lenyap di Hati


http://www.youtube.com/watch?v=2xSpDUZOSaw&feature=player_embedded#at=117

dilema

Ya Allah, bantulah aku membuat keputusan ini...
should i take it or leave it???

Rindu Bayangan

Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi

Janganlah dinanti pada yang telah pergi
Hanya luka lamakan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi


Apalah yang hendak di kata
Sudah suratan takdir yang menentukan
Ooh..oh.inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah

Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan

Thursday, June 9, 2011

~ crying & motivate ~



Luv this video...makes me crying...
and gives motivation...

~ tears ~

Wednesday, June 8, 2011

Bahagia

Cinta,
Bersama mereka cinta bersemi
Cinta yang tulus lahir dari hati
Bersama mereka tersenyum sendiri
Inilah cinta pengubat hati

Bahagia,
Bersama mereka bahgia tercipta 
Menghabiskan hari dan waktu tersisa
Kan kudoakan ia milik mereka selamanya
Kerna bahgia mereka bahgia ku jua

With Love



Tuk Renungan...

Usahlah mengeluh dan berkeluh kesah atas sesuatu ujian dan dugaan yg melanda.. Kerana sikap itu menunjukkan keadaan kita yg tidak redha dengan ketentuanNya.. Dan janganlah pula terlalu gembira hingga bersorak-sorakan bila mendapat apa yang diimpikan oleh JIWA, kerana itu sebenarnya menjadikan kita mudah terleka dan alpa..
dipetik dari : Ayat-Ayat Motivasi

Tuesday, June 7, 2011

Ke Arah Mencari Cinta-Nya

Pada suatu masa yang ditetapkan…

Kita pasti dirisik..

Pertunangan sejak azali..

Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..

Hantarannya..sakit dan nazak..

Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..

Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..

Wangian gaharu dan cendana..

Keranda jadi pelaminan..

Pengantin bersanding sendirian.
.
Di arak keliling kampung..

Berkompangkan azan dan kalimah kudus..

Akad nikahnya bacaan talkin..

Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..

Siraman air mawar..

Keluarga terdekat menepung tawar..

Tiba masa pengantin..

Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..

Di kamar bertilamkan tanah..


Dan Dia menuntut janji..

Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..

Atau terkubur bersama dosa-dosa…

Dan Dia Kekasih itu..

Menetapkanmu ke syurga..

Atau

melemparkan dirimu ke neraka.............

Duhai Hati, jangan terkorban dengan dunia...sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

Dipetik dari Ayat-Ayat Cinta

I'm a Follower NoT a Leader

Don't you ever expect me to be a leader when i just can be a follower. Maybe, on certain situation i can be a leader but not on the situation that you expect me to be.