Wednesday, July 25, 2012

Juadah Berbuka

Ni antara yang aku kepingin nak makan bila balik kampung nanti..
X sabar nak makan masakan Mek...♥

Satu family suka makan 'tupat sutong' ni, especially Mamat. Ni mmg jadi antara hidangan wajib kalau semua berkumpul tuk berbuka.

 Onde²

Nasi kerabu..huhu, paling best kalau makan dengan daging bakar, solod lado, ayam bakar/ayam percik, ditambah lagi dengan etak salai...wahhh..superb..


Etak Salai
Arwah ayah selalu cari etak dulu, tapi sayang, xde sorang pun anak² dia yang pandai cari benda ni.
Selain salai, etak jugak sedap kalau ditumis / di'sayur' putih.


Mek, tunggu ya. banyak k.tie nak request Mek masak nanti...
Miss you soooo Much...♥

Monday, July 9, 2012

Luv u dik...

Aku hanya ada 2 orang adik lelaki (Uyie & Imie @ Mamat)
aku paling sayang Adk Yie,
mungkin sebab yang sorang lagi dah kawen
dan aku tau dia lebih berdikari dariku
dan mungkin jugak sebab dia seteruku zaman kecik..hehe

Arwah ayah pernah cakap
"dalam ramai² anak dia, Mamat yang paling senang nak jaga"
kami adik beradik mengakuinya kerana dia x byk kerenah
yang paling penting dia x penah buat mek & ayah risau

Perangai Mamat x berubah walaupun dah kawen
dia masih suka mengusik kami (kakak² n adik² pompuannya) sampai sekarang
dah jadi bapak budak tapi perangai x berubah
kadang² suka nak bermanja ngan kakak²..haish

Uyie plak..hmmm..susah nak explain pasal dia
apa yang aku tahu, aku sayang dia sangat²
aku sayang dia tapi susah bagi aku nak beri nasihat kat dia
nanti x sampai lima patah bagi nasihat keluar plak airmata

Uyie lain dari Mamat, sedikit sebanyak perangai dia sama dgn aku
suka menyendiri dan x byk cakap..
cuma aku bila datang time gila mulut, susah plak nak brenti cakap..hehe
satu lagi perangai dia yang buat aku risau, suka tidur
kalau seharian tidur pun dia boleh, susah tul nak kejutkan bangun solat n makan

Sekarang umur dia dah 23 tahun,
aku x tau dia minat keje apa sebenarnya..
ambik kursus baiki kereta tapi x nak keje baiki kereta..
sekarang ni kami adik beradik memang risaukan dia..

apa yang dia nak, kerja apa yang dia minat, etc
puas kami adik beradik termasuk a.ipar bincang pasal dia
kami masih x jumpa apa yang mungkin menjadi minat dia

Kami ada jugak suh dia keje kat tempat buat perabot..
aku memang setuju kalau dia keje kat C2..
at least dia dapat kemahiran n insyaAllah, kalau ada rezeki
boleh bukak kedai perabot sendiri..
Tapi, dia x suka kot keje kat C2,
buktinya, malam tadi dia dah bertolak balik Kelantan.

Apa yang aku harapkan,
dia x merisaukan ibuku dgn perangai lama dia yang suka keluar malam,
tido smpai x solat, etc.
Aku harap perangai dia sepanjang 2 bulan duduk kat Putrajaya ni berterusan n lebih baik lagi..

Ya Allah, berilah petunjukMu kepada adikku
bimbinglah dia Ya Rabb..
berilah kesedaran kepadanya
aku amat berharap padaMu Ya Rabb..amin