Wednesday, April 29, 2020

6 RAMADHAN 1441

Jatuh bangun dalam hidup adalah perkara biasa. Pilihan ditangan kita samaada ingin bangkit kembali atau berterusan menangisi nasib diri. Hidup yang kita sangkakan bahagia dan selesa selama ini mungkin akan ditimpa hujan atau mungkin taufan yang kita tak pernah akan sangka. 

Walau apapun yang kita hadapi, ingatlah yang itu bukan pengakhiran hidup yang kita akan lalui. Banyak lagi cabaran yang akan kia hadapi. Yakin dan percaya padaNya kerana Dia sebaik-baik perancang.

Dia Maha Pengasih dan Penyayang, kasih sayang Pencipta kepada hambaNya tidak akan dapat digugat oleh apapun, sebaliknnya kasih sayang insan sangat mudah bertukar dan beralih.

Sayangi diri sendiri, hanya kita yang boleh mengubah nasib kita dan sentiasa lipat gandakan usaha untuk mendapat tempat di syurgaNya.

Semoga pelangi sentiasa menemani dalam setiap langkah kaki menuju kehidupan yang abadi.